بسم الله الرحمن الرحيم

Ayat di atas mengingatkan kita tentang peri pentingnya seseorang mengetahui jalan yang lurus....jalan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullahصلى الله عليه وسلم buat umatnya memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat, selamat daripada jalan-jalan yang menyesatkan. Kerana pentingnya perkara ini, Allah 'azza wa jalla mengajar kita supaya memohon kepada-Nya di dalam setiap rakaat solat melalui bacaan surah Al-Fatihah.
Bagaimana seorang muslim dapat mengetahui jalan yang lurus tersebut? Jawapannya adalah dengan mempelajari Al-Quran dan Hadis yang merupakan cahaya yang menerangi jalan tersebut. Di dalam blog ini akan dipaparkan -insyaAllah- serba sedikit pengetahuan tentang Agama Islam yang murni. Islam yang diajarkan oleh Rasulullahصلى الله عليه وسلم kepada para sahabat. Islam yang difahami oleh generasi terawal (salafus soleh) dikalangan sahabat, tabi'ien dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka.
Semoga usaha ini diberkati Allah dan mendatangkan manfaat kepada para pembaca.
Barokallohu fikum

Sabtu, 5 Februari 2011

Berkenalan Dengan Dakwah Salafiyah

Mungkin anda pernah mendengar kalimah salaf, salafi atau dakwah salafiyah? Di dalam ruangan manhaj, saya sajikan serba sedikit pengetahuan tentang dakwah yang  mengajak kepada mengikuti jalan salafus soleh. Semoga ia menjadi permulaan yang baik untuk anda mengenali dakwah tersebut. Pada ruangan akan datang akan dimuatkan lagi keterangan tentangnya insyaAllah.

Selamat membaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.