Mungkin anda pernah mendengar kalimah salaf, salafi atau dakwah salafiyah? Di dalam ruangan manhaj, saya sajikan serba sedikit pengetahuan tentang dakwah yang mengajak kepada mengikuti jalan salafus soleh. Semoga ia menjadi permulaan yang baik untuk anda mengenali dakwah tersebut. Pada ruangan akan datang akan dimuatkan lagi keterangan tentangnya insyaAllah.
Selamat membaca
اهدنا الصراط المستقيم "Berilah hidayat untuk kami kepada jalan yang lurus"-Al-Fatihah وأن هذا صراطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله "Dan inilah jalanku yang lurus maka ikutilah jalan tersebut. Janganlah kamu mengikuti jalan yang berbagai-bagai kerana kelak ia akan membawa kamu terpisah daripada jalan-Nya.." - Al-An'am 153
بسم الله الرحمن الرحيم
Ayat di atas mengingatkan kita tentang peri pentingnya seseorang mengetahui jalan yang lurus....jalan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullahصلى الله عليه وسلم buat umatnya memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat, selamat daripada jalan-jalan yang menyesatkan. Kerana pentingnya perkara ini, Allah 'azza wa jalla mengajar kita supaya memohon kepada-Nya di dalam setiap rakaat solat melalui bacaan surah Al-Fatihah.
Bagaimana seorang muslim dapat mengetahui jalan yang lurus tersebut? Jawapannya adalah dengan mempelajari Al-Quran dan Hadis yang merupakan cahaya yang menerangi jalan tersebut. Di dalam blog ini akan dipaparkan -insyaAllah- serba sedikit pengetahuan tentang Agama Islam yang murni. Islam yang diajarkan oleh Rasulullahصلى الله عليه وسلم kepada para sahabat. Islam yang difahami oleh generasi terawal (salafus soleh) dikalangan sahabat, tabi'ien dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka.
Semoga usaha ini diberkati Allah dan mendatangkan manfaat kepada para pembaca.
Barokallohu fikum